Thursday, 11 August 2016

Tanda-Tanda Kena Denggi !


(Ehsan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia)
(Klik foto untuk paparan jelas)


Artikel ini mungkin khusus untuk masyarakat yang memang tidak pernah dan tidak ingin mengambil tahu tentang Aedes dan Denggi.

Terdapat beberapa tanda-tanda dan gejala demam denggi (rujuk infografik).

Sekiranya anda ataupun kenalan anda yang mengalami tanda-tanda sedemikian, ada eloknya kalau teruslah berjumpa dengan doktor untuk memastikan sama ada darah anda telah menjadi minum petang nyamuk Aedes betina atau anda masih lagi dibenarkan untuk menyediakan lebih banyak tempat tinggal Aedes di persekitaran anda.

Wednesday, 10 August 2016

Lagu Denggi : Sayangi Diri Hindari Denggi ( Parodi Justin Bieber - Love Yourself )



Sayangi Diri Hindari Denggi (Parodi Love Yourself)

Denggi satu penyakit berbahaya,
Boleh mengancam nyawa manusia,
Maka hendaklah berwaspada sentiasa,
Dari terkena gigitannya.

Utamakanlah kebersihan,
Demi menjamin keselamatan,
Keluarga juga masyarakat.

Di persekitaran kita,
Pastikan tiada lagi,
Air yang bertakung,
Nyamuk yang membiak.

Bersama kita menjaga kebersihan,
Kesihatan pun akan terjaga,
Sehati dan sejiwa kita menghapus denggi,
Bersama kita...... jayakan perubahan.

Aedes tidak kira tua muda,
Maka jangan bersikap sambil lewa,
Satu gigitan aedes membawa padah,
Sayangi diri hindari Denggi,

Lagu Denggi : Bersama Perangi Denggi ( Parodi Aizat Hamdan - Bersama Perangi Rasuah )


Bersama Perangi Denggi (Parodi Bersama Perangi Rasuah)

Denggi penyakit berbahaya,
Tiada vaksin mengawalnya,
Jikalau terkena,
Segeralah merawatnya.

Kita perlu bersatu,
Jaya perubahan,
Mencegah penyakit,
Denggi berbahaya.

Utamakan kebersihan,
Rumah dan persekitaran,
Bersikap waspada,
Jadikan Amalan.

Elakkan takungan,
Di persekitaran,
Pastikan terjaga,
Segala kebersihan.

Aedes kan menyerang,
Siapa saja yang dilihatnya,
Dan tak mengira mangsa mangsanya,
Muda tua ataupun dewasa.

Bersama kita,
Untuk mencegah virus denggi,
Bersama lakukan perubahan,
Perangilah denggi musuh kita bersama.

(Bridge)

Elakkan takungan,
Di persekitaran,
Pastikan terjaga,
Segala kebersihan.

Aedes kan menyerang,
Siapa saja yang dilihatinya,
Dan tak mengira mangsa mangsanya,
Muda tua ataupun dewasa.

Bersama kita,
Untuk menghapskan virus denggi,
Bersama lakukan perubahan,
Perangilah denggi musuh kita bersama.

Thursday, 4 August 2016

Demam Denggi !


( Ehsan daripada Astro Awani)
( Klik gambar untuk paparan jelas)


Denggi terbahagi kepada dua; demam denggi dan denggi berdarah.

Kedua-duanya dapat mengundang malaikat mencabut nyawa kita. Tetapi sebenarnya perkara ini kita sudah maklum tentang risiko dan bahayanya tetapi mungkin otak sesetengah manusia ini tidak dapat memproses pengetahuannya itu kepada praktikaliti.

Kita doakan orang-orang ini dibuka hatinya oleh Tuhan !