2016-07-31

Thursday, 4 August 2016

Demam Denggi !


( Ehsan daripada Astro Awani)
( Klik gambar untuk paparan jelas)


Denggi terbahagi kepada dua; demam denggi dan denggi berdarah.

Kedua-duanya dapat mengundang malaikat mencabut nyawa kita. Tetapi sebenarnya perkara ini kita sudah maklum tentang risiko dan bahayanya tetapi mungkin otak sesetengah manusia ini tidak dapat memproses pengetahuannya itu kepada praktikaliti.

Kita doakan orang-orang ini dibuka hatinya oleh Tuhan !

#Kempen : Aktiviti Rapat Umum Bersama Masyarakat (1)




Pada 30 Julai 2016 bersamaan hari Sabtu, skuad Patrol Denggi SMK Kuhara membuat aktiviti kemasyarakatan di kawasan sekitar bandar Tawau. Dengan mempersembahkan elemen-elemen seni yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya Aedes dan Denggi ini


(SZ Buskers (Duta Patrol Denggi SMKKT) membuat persembahan bertemakan Aedes dan Denggi)


(Orang awam menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan "Malaysia Bebas Denggi")


(Speaker meminta pendapat orang awam tentang permasalah denggi di Malaysia)


(Bergambar bersama masyarakat Tawau yang memberikan kerjasama yang baik)




Lindungi Diri Dan Keluarga


(Klik gambar untuk paparan jelas)


Terdapat lebih dari 70% tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekeliling kita. Bayangkan berapa banyak ekor nyamuk yang sedang berkeliaran mencari 'makan' di persekitaran kita.

Mungkin hari ini kita tidak seberapa ambil peduli. Kerana diri kita belum pernah rasa sengsaranya menghadapi penyakit Denggi.

Tapi tidak mustahil suatu hari nanti, kita ataupun mungkin orang-orang yang kita sayang, pergi meninggalkan kita, hanya disebabkan SEEKOR nyamuk Aedes betina!

Bayangkan ~ 


Monday, 1 August 2016

Mitos dan Kebenaran


Gambar ehsan daripada Astro Awani
(Klik gambar untuk paparan jelas)


Aedes dan Denggi sering diperdebati oleh orang-orang bijak dan yang masih mengerti tentang maksud tersirat nilai kemanusiaan. Melalui perdebatan itu, mereka mengeluarkan hujah-hujah dan pandangan akal mereka yang sungguh teliti pemikirannya disulami kelogikannya.

Foto di atas merupakan salah satu hasil daripada perdebatan mereka. Antara mitos dan kebenaran tentang Aedes dan Denggi. Dan sebenarnya tidak seberapa ramai warga dunia yang membaca dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh infografik ini. 

Tetapi bagi orang-orang yang punya rasa manusiawi, akan membaca dan cuba untuk mengerti mesej tersebut.

Antara Mitos dan Kebenaran

Mitos bermaksud rekaan atau dongengan. Tetapi dalam konteks ini, mitos bermaksud 'teori yang dicipta oleh sebahagian manusia yang memandai-mandai.' Dan teori itu disokong lagi dengan hujah-hujah yang sangat logik dan benar (bagi mereka yang kurang membaca). 

Mesej yang terdapat di dalam infografik tersebut tidak perlu diulas dengan panjang lebar kerana penulis yakin dan percaya para pembaca ialah seorang penilai yang baik. 

Tetapi ingin ditekankan di sini bahawa ilmu itu luas tetapi tidak semua orang mempunyai ilmu yang luas. Maka dari itu, para pembaca yang mempunyai hati nurani yang benar-benar manusia SEHARUSNYA menyebarkan sedikit ilmu tentang Aedes dan Denggi ini agar semua manusia tahu yang bahawa segala teori mitos berkenaan Aedes dan Denggi yang disebarkan oleh orang-orang 'pandai' itu tidak benar.

Sama ada mereka mahu untuk menerimanya atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, kita sudah tergolong di antara manusia yang saling ingat mengingati, menyulam rasa kasih dan cinta sesama manusia, demi memelihara keinsanan agar hidup kita terus terbela daripada ancaman Aedes dan Denggi.