Mitos dan Kebenaran
Gambar ehsan daripada Astro Awani (Klik gambar untuk paparan jelas) |
Aedes dan Denggi sering diperdebati oleh orang-orang bijak dan yang masih mengerti tentang maksud tersirat nilai kemanusiaan. Melalui perdebatan itu, mereka mengeluarkan hujah-hujah dan pandangan akal mereka yang sungguh teliti pemikirannya disulami kelogikannya.
Foto di atas merupakan salah satu hasil daripada perdebatan mereka. Antara mitos dan kebenaran tentang Aedes dan Denggi. Dan sebenarnya tidak seberapa ramai warga dunia yang membaca dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh infografik ini.
Tetapi bagi orang-orang yang punya rasa manusiawi, akan membaca dan cuba untuk mengerti mesej tersebut.
Antara Mitos dan Kebenaran
Mitos bermaksud rekaan atau dongengan. Tetapi dalam konteks ini, mitos bermaksud 'teori yang dicipta oleh sebahagian manusia yang memandai-mandai.' Dan teori itu disokong lagi dengan hujah-hujah yang sangat logik dan benar (bagi mereka yang kurang membaca).
Mesej yang terdapat di dalam infografik tersebut tidak perlu diulas dengan panjang lebar kerana penulis yakin dan percaya para pembaca ialah seorang penilai yang baik.
Tetapi ingin ditekankan di sini bahawa ilmu itu luas tetapi tidak semua orang mempunyai ilmu yang luas. Maka dari itu, para pembaca yang mempunyai hati nurani yang benar-benar manusia SEHARUSNYA menyebarkan sedikit ilmu tentang Aedes dan Denggi ini agar semua manusia tahu yang bahawa segala teori mitos berkenaan Aedes dan Denggi yang disebarkan oleh orang-orang 'pandai' itu tidak benar.
Sama ada mereka mahu untuk menerimanya atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting, kita sudah tergolong di antara manusia yang saling ingat mengingati, menyulam rasa kasih dan cinta sesama manusia, demi memelihara keinsanan agar hidup kita terus terbela daripada ancaman Aedes dan Denggi.
0 komentar dunia :
Post a Comment